| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan |
| Unit Seni Tampak | Unit SPAUD | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup |
| Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan |
| Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |
BENGKEL KEMAHIRAN GAMELAN DUA HALA UUM - USM
Kokurikulum Gamelan Unit Seni Muzik Pusat Kokurikulum UUM bersama Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang telah melaksanakan Bengkel Kemahiran Dua Hala bertempat di USM baru-baru ini. Bengkel dihadiri pelajar yang majoritinya adalah daripada semester 4.
Berbantukan tenaga pengajar Pusat Pengajian Seni USM, Che Mat Jusoh Raja Rebab yang berpengalaman 37 tahun dalam seni gamelan, para pelajar dilihat lebih berminat untuk mendalami muzik ini serta menerokai pelbagai teknik-teknik lain dalam kemahiran gamelan.
Menurut Che Mat, program seumpama ini dianggap amat memberangsangkan kerana bukan sahaja mampu membina jati diri para siswazah dalam mengelola program berasaskan kokurikulum, malahan dapat membuka minda pelajar supaya lebih berminat menerokai seni muzik tradisional tersebut yang nyata merupakan muzik yang amat disegani suatu ketika dulu.
En Mohd Rizal Ramle, Penyelaras Unit Seni Muzik Pusat Kokurikulum UUM menyatakan program sebegini bukan sahaja untuk memupuk perpaduan sesama ahli kumpulan seni muzik gamelan tetapi sebagai langkah penambahbaikan dan persediaan terutamanya bagi Majlis Konvokesyen UUM yang diadakan setiap tahun.
Program seumpama ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi membentuk dan membimbing siswazah ini dalam memberi sumbangan kepada seni muzik UUM bahkan kepada seni muzik tanahair Malaysia suatu ketika nanti.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]